Zakat.

Memandangkan JAKIM dah keluarkan garis panduan baru berkenaan zakat emas untuk barang kemas, saya kongsikan disini cara pengiraan.

Sebelum ini uruf(sukatan) untuk zakat emas perhiasan ialah 775 gram. Pada 5 Februari 2020, uruf (sukatan) wajib zakat emas telah diubah kepada 90 gram.

Maksudnya jika anda memiliki barang kemas lebih dari 90 gram (dipakai ataupun tidak), maka WAJIB untuk bayar zakat emas.

  1. Nilai emas per gram ialah RM203.50.
  2. Katakan Peah memiliki barang kemas hiasan (cincin, gelang, rantai) berasaskan emas dan total berat semuanya 100 gram.

Berapa zakat emas perlu Peah bayar?

Kiraan Zakat Emas:
• (100g – 90g) = 10 gram

Maka zakat yang perlu dibayar ialah 10g (lebihan dari nisab) jadi:

• (10g x RM203.50) x (2.5% daripada nilai emas yang cukup syarat)

iaitu RM50.90 sahaja.

Soalan popular:

  1. Perlukah membawa emas ke kaunter untuk bayar zakat emas?
  • Tidak Perlu. Anda cuma perlu sebut berapa jumlah berat emas dimiliki.
  1. Jika ada barang kemas 999 dan 916, perlukah diasingkan beratnya?
  • Campurkan sekali berat.
  1. Dimanakah nak bayar zakat emas?
  • Kaunter Zakat Seluruh negara.

Okay. Kongsi dengan abang,adik,kakak anda sekali. Terima kasih!